Lawatan pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Shalom…….. Anggota PMEIA telah mengadakan sesi pertemuan dengan pelajar muslim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 18 Dis 2022. Seramai 3 orang pelajar iaitu Ainur Afiqah, Badrina Nurawatif dan Nurul Afifah telah menghadiri sesi pertemuan tersebut. Topiknya adalah mengapakah Paderi Roman Katolik tidak boleh berkahwin, Lambang Gereja, Doa-doa Katolik, jenis-jenis perayaan di dalam Katolik, mengapakah sambutan Krismas di sambut setiap 25 Dis setiap tahun, maksud dan cara puasa bagi penganut Katolik. Mereka juga di bawa melawat ke premis gereja serta di beri penerangan singkat fungsi gereja kepada masyarakat sekeliling. Sesi pertemuan di akhiri dengan sesi bergambar bersama AJK PMEIA dan Paderi Gereja.


