RENUNGAN PERIBADI BERKENAAN SESI PERKONGSIAN ALKITAB YANG DISAMPAIKAN OLEH PADERI PAROKI GEREJA GOOD SHEPHERD SETAPAK, KUALA LUMPUR IAITU REV FR. CHRISTOPHER SOOSAIPILLAI.

Pada 9 NOVEMBER  2020 telah berlangsung sesi Perkongsian Alkitab menerusi dunia maya secara langsung di laman facebook Gereja Good Shepherd Setapak, KUALA LUMPUR. Secara ringkasnya sesi tersebut berkenaan rencana penyelamatan manusia oleh Tuhan dari Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru melalui diagram yang dilukis oleh Fr. CHRIS ketika masih belajar di seminary pada tahun 1988.

Tiada manusia yang terkecuali di dalam rencana penyelamatan Tuhan, hidup merupakan anugerah dan berkat yang diberikan oleh Tuhan kepada setiap manusia. Air terjun merupakan ilustrasi renungan yang digunakan oleh Fr. CHRIS untuk menerangkan proses aliran penyelamatan Tuhan terhadap manusia. Setiap manusia dilahirkan dan akan mati pada satu hari nanti yang menerangkan definisi secara tidak langsung Alfa dan Omega.

Di dalam Kitab Kejadian, Tuhan telah menciptakan segalanya dengan baik dan sempurna namun manusia telah jatuh ke dalam dosa dan ia sekaligus membuatkan manusia tersebut telanjang, yang bermaksud terputusnya hubungan manusia dan Tuhan di Taman Eden. Sungguh pun begitu, Tuhan tetap meneruskan rencana penyelamatannya terhadap manusia seperti di dalam cerita Nabi Nuh berkenaan bahtera dan air bah. Sejarah penyelamatan diteruskan di dalam Kitab Keluaran yang mana Nabi Musa memimpin umat Israel keluar dari zaman perhambaan Mesir kembali ke Tanah Perjanjian di Kanaan. Tuhan telah menyelamatkan umat Israel daripada tentera Mesir dan meneruskan perjalanan ke padang gurun. Tuhan telah menurunkan 10 Perintah Allah kepada Musa di atas Gunung Sinai di dalam Deutronomi yang mana 3 daripada perintah yang pertama adalah berkenaan dengan menyembah dan menghormati Tuhan serta menguduskan hari Sabat sementera tujuh (7) daripadanya berkenaan persaudaraan di antara manusia. 

Di dalam Kitab Perjanjian Baru YESUS telah menggenapkanya sebagai Hukum Cintakasih. Yesus sendiri telah menderita sengsara, wafat dan dimakamkan. Ia bangkit pada hari ketiga dan naik ke Syurga dan megutuskan Roh Kudus sebagai penolong kita pada hari Pentakosta. Yesus sendirilah rencana penyelamatan itu seperti yang tertulis di dalam Kitab Perjanjian Baru dan jaminan keselamatan tersebut tidak pernah berkesudahan.

Kes pandemik CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-2019) di seluruh dunia telah mencecah 54 juta kes telah mengakibatkan lebih sejuta orang telah meninggal dunia benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada dunia. Ramai orang yang bertanya “adakah rencana penyelamatan Tuhan masih relevan?” terutama sekali ketika ini. Berdasarkan renungan peribadi saya, rencana penyelamatan Tuhan tidak pernah bermusim dan ia sesuatu yang pasti namun memerlukan keimanan kita untuk merasakan serta merenung kehadiran Tuhan di dalam hidup kita setiap waktu. Penginjilan dan pelayanan perlu diteruskan dengan menggunakan segala kemajuan teknologi ke arah kebaikan.

 

Sepanjang sesi perkongsian Alkitab oleh Fr. CHRIS ramai penonton yang mengikuti secara langsung telah mengajukan pelbagai soalan berkenaan iman yang terbuku serta terlintas di fikiran mereka dan dijawab oleh Fr. CHRIS secara ringkas dan padat. Secara keseluruhanya para penonton telah memberikan respon yang sangat positif dan mencadangkan agar KUBM meneruskan aktiviti seumpama itu di masa akan datang. Rakaman sesi pengkongsian tersebut telah mendapat lebih seribu tontonan sehingga 15 NOVEMBER 2020. Diharapkan agar semua umat terus bersabar dan menjaga keselamatan di musim pandemik ini dan mematuhi segala peraturan dan saranan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuhan atas bimbingan dan berkatnya kepada saya secara peribadi sepanjang pelayanan saya di GSC. Saya juga memohon ribuan kemaafan kepada saudara dan saudari seiman atas segala keterbatasan dan kelemahan saya sepanjang bersama-sama di GSC. Terima kasih Fr CHRISTOPHER, semua umat GSC terutama sekali rakan-rakan belia di GSC kerana berkat dan kebaikan yang kamu kongsikan kepada saya samada yang kelihatan dan tak kelihatan. Saya sangat menghargainya dan semoga kita bertemu lagi di masa akan datang. Selamat melayani. 

Written by: ALPHONSUS JOHN

 

REV FR. CHRISTOPHER SOOSAIPILLAI.

 

DIAGRAM RENCANA PENYELAMATAN YANG DIHASILKAN OLE REV FR. CHRISTOPHER SOOSAIPILLAI SEMASA DI SEMINARY PADA TAHUN 1988.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published.